Giveaway World Hijab Day by Cahaya Kekuatanku

2:17:00 PM


Assalamualaikum dan hi ^_^

Baru-baru ini, aku menyertai segmen dari saudari Nurina Izati.
Di sini aku nak kongsi, pendapat aku tentang hijab dan kepentingan 
pemakaiannya bagi kalangan wanita.

Hijab.Kenapa ia penting? Humm..
Hijab sebagaimana kita ketahui berasal dari perkataan arab, dan membawa erti
kain penutup ataupun tudung labuh yang menutupi kepala dan adakalanya
termasuk bahagian muka wanita.
Itu sebahagian daripada pengertian daripada Kamus Dewan Bahasa
Edisi Keempat.

Kalau kita baca ensiklopedia paling utama bagi umat Islam,
Al Quran, aku tertarik dan ingin berkongsi sebahagian 
ayat 31 dari surah An Nur  :

"Dan katakanlah kepada para wanita yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya. .... Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan hiasannya (auratnya) kecuali kepada....."
Memakai hijab ini, umpama melindungi maruah kita. (sekiranya memakai 
dengan cara yang betul insyaallah). Bagi pandangan aku,
hijab juga umpama perisai dan dapat memberi first impression yang positif kepada
sesiapa yang melihat.

Selain itu, kita boleh lindungi aset mahkota kejelitaan sebagai wanita dan simpan
khusus untuk tatapan yang teristimewa sahaja.
hehe..limited viewer je. special kan?

Lagipun, tak susah pun nak berhijab. Sekarang ini,
bermacam cara dan trend pemakaian hijab yang selaras dengan syariat Islam.


You Might Also Like

4 comments

  1. gud luck dear :)
    farahdeenafisal.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kerana menyokong. Semoga berjaya. ^^

    ReplyDelete
  3. good luck...
    dtg dr segmen yg sama...

    http://sigadisberkacamata.blogspot.com/2014/01/giveaway-world-hijab-day-by-cahaya.html

    ReplyDelete

Featured Post

Followers